Bulan Julai, bermula titik permulaan yang lebih memerlukan aku memerah segala tenaga, usaha, daya fikiran dan komitmen. Maafkan aku anda dirimu terasa hati dengan sikap ku. Percayalah, aku sememangnya kepenatan, dan fikiranku hanya untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Tahu tak apa impian ku?
Walau aku penat, aku tetap sangat mencintaimu,
Walau fikiran ku sarat dengan beban, aku tetap sangat mencintaimu
Tahu tak aku ingin bawa kita sekeluarga ke mahligai yang lebih selesa?
Tahu tak aku ingin dapatkan pendidikan yang terbaik untuk mu dan juga anak?
Hidup memang sukar jika kita selalu kalah dengan kata-kata hinaan dan perlekehan orang.. Tapi percayalah, aku sentiasa disisimu, walau senang dan susah..
Percayalah, aku sedang berusaha, untuk tidak lagi orang memandang rendah dan menghina kita..
Aku sedang bertarung dengan pelbagai tanggungjawab..Jika kau tiada, aku akan gagal kerana kau semangat ku.
Aku penat.. aku tetap beri senyuman pada mu.. aku sangat menyintaimu..




Seorang full time blogger, businessman, investor yang ingin mencapai kebebasan kewangan dalam tempoh beberapa tahun lagi.. Berumur 24 tahun, pengalaman dalam bidang IT (technical & support) selama 5 tahun. Telah mula menulis blog sejak tahun 2006.

